Saturday, February 25, 2012

Rempah Ratus!


Ada pelbagai rempah ratus di dalam dunia Melayu ini. Semua berbeza perisa dan bau masing-masing. Pada zaman dahulu, tujuan rempah ratus ini tidak sahaja memberi perisa yang cukup enak atauapun bau yang beraroma kepada hidangan-hidangan, tetapi tujuannya ialah untuk menjaga kesihatan dan merawat penyakit. Ia pun sebagai sumber tenaga dan bahan untuk membesar.

Ada dua jenis rempah ratus iaitu rempah ratus kering dan rempah ratus basar.

Contoh-contoh rempah ratus kering ialah koma-koma, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pala. Koma-koma berharga lima dolar untuk sekotak kecil tetapi isinya tidak penuh. Tiga biji buah pala yang kecil seperti guli berharga satu dolar. Bunga lawang dan bunga cengkih dua-dua berharga lima puluh sen untuk sepaket kecil.

Contoh-contoh rempah ratus basar ialah bawang kecil, halia dan serai. Bawang kecil berharga empat dolar untuk sekilo. Halia berharga satu dolar lima puluh sen untuk lima ratus gram. Serai berharga lima puluh sen untuk lima batang.

Rempah ratus yang tersebut boleh digunakan untuk masakan curry kecuali koma-koma dan buah pala. Koma-koma pula boleh digunakan untuk masakan nasi briyani. Buah pala pula boleh digunakan untuk membuat kueh-kueh seperti kek kukus.

Resipi curry ayam:
  • bawang, bawang putih, halia, serai
  • minyak untuk tumis
  • rempah curry
  • ayam
  • kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
  • santan/susu rendah lemak
  • air
  • garam



Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 10

REFLEKSI

Blog pertandingan ini tidak senang menhabiskannya tetapi ia pun tidak susah. Saya mencari informasi di perpustakaan dan melungsuri internet. Saya berasa ghairah apabila saya menjumpai buku tentang pantang larang itu kerana cikgu berkata buku itu datang dengan rasional pantang larang itu. Walaupun bukunya tidak tebal, tetap ada rasionalnya. Harapkan saya boleh membuat lebih baik pada masa hadapan. Saya berasa gembira apabila saya menghabiskan 9 entri-entri untuk blog pertandingan ini kerana saya tinggal membuat refleksi sahaja. Yay saya sudah habis!!!:DD

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 9

MENGAPA SESETENGAH PANTANG LARANG MASIH LAGI DIAMALKAN SEBILANGAN MASYARAT MELAYU?

Di dalam buku 'Pantang Larang Orang Melayu Tradisional', pantang larang ini adalah merupakan satu 'disiplin lisan' yang terkandung dan diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu.
Pada pendapat saya, pantang larang diamalkan supaya orang akan mendengar cakap orang tua dan tidak degil. Adalah pantang larang yang menakutkan tetapi ia menakutkan supaya seseorang itu tidak akan mengulangkan perbuatan itu.
Bibliografi: http://www.google.com.sg/images?hl=en&gbv=2&tbs=isch%3A1&sa=1&q=the+letter+m&aq=f&aqi=g10&aql=&oq=&gs_rfai=

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 8

KETIKA DI HUTAN, DILARANG PEGANG POKOK MERAH

Kenapa pokok merah sahaja? Saya tidak fahamlah. Kenapa merah? Kenapa tidak biru atau anggur? Pantang larang apa ini?
Rasionalnya ialah pokok yang berwarna merah adalah pokok berbisa (pokok rengas) iaitu sejenis tumbuhan yang kalau terkena batang boleh menyebabkan badan menjadi gatal-gatal yang berbisa.
Bibliografi: http://www.google.com.sg/images?q=pokok+merah&hl=en&gbv=2&tbs=isch%3A1&sa=2

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 7

PANTANG BERSIUL DI HUTAN, NANTI DISAMBAR LANGSUIR

Pantang larang apa ini? Menakutkan aje! Pantang larang ini yang paling menghiburkan. Pada pendapat saya, orang suka bersiul kerana ia menghiburkan hati. Tetapi ustazah berkata supaya jangan bersiul di mana pun kerana ia memanggil syaitan.
Dikatakan dengan bersiul akan disambar langsuir. Motif di sebalik penggunaan pantang larang ini adalah menyuruh seseorang senyap semasa dalam hutan kerana dikhuatiri diketahui oleh binatang ganas dan ini mengancam keselamatan diri.
Bbliografi:http://www.google.com.sg/images?q=whistling+emoicons&hl=en&gbv=2&tbs=isch%3A1&sa=2

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 6

DILARANG BERCAKAP BESAR KETIKA DI HUTAN, NANTI MENDAPAT BENCANA

Di mana-mana pun kita tidak boleh bercakap besar nanti dapat balasan. Pantang larang ini mengajar saya supaya tidak bercakap besar. Mesti ingat supaya tidak bercakap besar.
Dikatakan dengan berbuat demikian, apa yang disebutkan itu akan ditemui di hutan. Contohnya kalau bertemu harimau akan dipatah-patahkan tengkuknya, maka dipercayai seseorang itu pasti bertemu dengan binatang itu.
Bibliografi: http://www.google.com.sg/images?hl=en&gbv=2&tbs=isch:1&q=mouth+talking&revid=1946868411&sa=X&ei=POtLTMihJse-rAeWqcC5Dg&ved=0CAoQ1QIoAw

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 5

JANGAN TIDUR DI ATAS POKOK JIKA SESAT, NANTI DILAPAH HANTU

Tentulah tidak boleh tidur atas pokok kerana ranting pokok tidak kuat nanti kita jatuh. Ini kerana kita tidur dibawah pokok. Pantang larang ini diadakan supaya kita berhati-hati apabila berada di dalam hutan.
Dikatakan dengan berbuat demikian, nanti dilapah hantu. Larangan ini bermaksud seseorang yang sesat tidak digalakkan tidur diatas pokok kerana dikhuatiri akan jatuh dan kononnya ditakuti dimakan oleh hantu kerana sesetengah hantu hutan atau bukit bergerak dari paras pokok. Sebaliknya disyorkan tidur dibanir (lubang besar yang terdapat di sesetengah pokok) atau di celah lereng tidak berair.