Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 10

REFLEKSI

Blog pertandingan ini tidak senang menhabiskannya tetapi ia pun tidak susah. Saya mencari informasi di perpustakaan dan melungsuri internet. Saya berasa ghairah apabila saya menjumpai buku tentang pantang larang itu kerana cikgu berkata buku itu datang dengan rasional pantang larang itu. Walaupun bukunya tidak tebal, tetap ada rasionalnya. Harapkan saya boleh membuat lebih baik pada masa hadapan. Saya berasa gembira apabila saya menghabiskan 9 entri-entri untuk blog pertandingan ini kerana saya tinggal membuat refleksi sahaja. Yay saya sudah habis!!!:DD

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 9

MENGAPA SESETENGAH PANTANG LARANG MASIH LAGI DIAMALKAN SEBILANGAN MASYARAT MELAYU?

Di dalam buku 'Pantang Larang Orang Melayu Tradisional', pantang larang ini adalah merupakan satu 'disiplin lisan' yang terkandung dan diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu.
Pada pendapat saya, pantang larang diamalkan supaya orang akan mendengar cakap orang tua dan tidak degil. Adalah pantang larang yang menakutkan tetapi ia menakutkan supaya seseorang itu tidak akan mengulangkan perbuatan itu.
Bibliografi: http://www.google.com.sg/images?hl=en&gbv=2&tbs=isch%3A1&sa=1&q=the+letter+m&aq=f&aqi=g10&aql=&oq=&gs_rfai=

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 8

KETIKA DI HUTAN, DILARANG PEGANG POKOK MERAH

Kenapa pokok merah sahaja? Saya tidak fahamlah. Kenapa merah? Kenapa tidak biru atau anggur? Pantang larang apa ini?
Rasionalnya ialah pokok yang berwarna merah adalah pokok berbisa (pokok rengas) iaitu sejenis tumbuhan yang kalau terkena batang boleh menyebabkan badan menjadi gatal-gatal yang berbisa.
Bibliografi: http://www.google.com.sg/images?q=pokok+merah&hl=en&gbv=2&tbs=isch%3A1&sa=2

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 7

PANTANG BERSIUL DI HUTAN, NANTI DISAMBAR LANGSUIR

Pantang larang apa ini? Menakutkan aje! Pantang larang ini yang paling menghiburkan. Pada pendapat saya, orang suka bersiul kerana ia menghiburkan hati. Tetapi ustazah berkata supaya jangan bersiul di mana pun kerana ia memanggil syaitan.
Dikatakan dengan bersiul akan disambar langsuir. Motif di sebalik penggunaan pantang larang ini adalah menyuruh seseorang senyap semasa dalam hutan kerana dikhuatiri diketahui oleh binatang ganas dan ini mengancam keselamatan diri.
Bbliografi:http://www.google.com.sg/images?q=whistling+emoicons&hl=en&gbv=2&tbs=isch%3A1&sa=2

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 6

DILARANG BERCAKAP BESAR KETIKA DI HUTAN, NANTI MENDAPAT BENCANA

Di mana-mana pun kita tidak boleh bercakap besar nanti dapat balasan. Pantang larang ini mengajar saya supaya tidak bercakap besar. Mesti ingat supaya tidak bercakap besar.
Dikatakan dengan berbuat demikian, apa yang disebutkan itu akan ditemui di hutan. Contohnya kalau bertemu harimau akan dipatah-patahkan tengkuknya, maka dipercayai seseorang itu pasti bertemu dengan binatang itu.
Bibliografi: http://www.google.com.sg/images?hl=en&gbv=2&tbs=isch:1&q=mouth+talking&revid=1946868411&sa=X&ei=POtLTMihJse-rAeWqcC5Dg&ved=0CAoQ1QIoAw

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 5

JANGAN TIDUR DI ATAS POKOK JIKA SESAT, NANTI DILAPAH HANTU

Tentulah tidak boleh tidur atas pokok kerana ranting pokok tidak kuat nanti kita jatuh. Ini kerana kita tidur dibawah pokok. Pantang larang ini diadakan supaya kita berhati-hati apabila berada di dalam hutan.
Dikatakan dengan berbuat demikian, nanti dilapah hantu. Larangan ini bermaksud seseorang yang sesat tidak digalakkan tidur diatas pokok kerana dikhuatiri akan jatuh dan kononnya ditakuti dimakan oleh hantu kerana sesetengah hantu hutan atau bukit bergerak dari paras pokok. Sebaliknya disyorkan tidur dibanir (lubang besar yang terdapat di sesetengah pokok) atau di celah lereng tidak berair.

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 4

JIKA TERDENGAR SAHUTAN, JANGAN DIJAWAB, DIKHUATIR SUARA HANTU

Eeeek!! Saya takut apabila saya di dalam hutan! Pertama, dimakan hantu dan sekarang, mendengar suara hantu. Eeek!! Saya takut! Kalau begitu, saya tidak mahu bercakap pun di dalam hutan walaupun suara seorang penyelamat.
Dikatakan dengan berbuat demikian telah menyahut suara hantu kerana sahutan itu adalah suara hantu. Ia bermaksud menegah perbuatan itu kerana dikhuatiri jejak seseorang itu akan dapat dikesan oleh musuh. Kononnya juga dipercayai sahutan itu adalah sahutan hantu yang mencari mangsanya.

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 3



JIKA SESAT DI HUTAN, JANGAN TIDUR DI TEPI SUNGAI, NANTI DIMAKAN HANTU

Pantang larang ini diadakan supaya orang yang sedang berkemah tidak akan tidur di tepi sungai. Kalau dia tidur di situ, nanti dia tergolek ke dalam sungai itu. Basar kuyup bajunya! Kalau dia tidak boleh berenang, lagi teruk! Bukan dia seorang yang susah, tetapi, orang yang bersamanya pun susah.
Dikatakan dengan membuat demikian nanti dimakan hantu. Larangan ini bermaksud tidak menggalakkan tidur di tempat tersebut kerana dikhuatir terancam oleh binatang buas yang turun minum pada malam hari.

Monday, July 12, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 2

PANTANG LARANG HUTAN

Dalam entri pertama, saya berkata saya akan mencari informasi-informasi tentang pantang larang.Saya berjaya mencarinya!!!Sekarang, saya harus mencari falsafah-falsafah tentang pantang larang yang saya menjumpai.Saya dan rakan saya akan cuba mencarinya di perpustakaan.Nasib baik kami menjumpainya.Saya akan fokus satu aspek pantang larang hutan.
Bibliografi: http://www.google.com.sg/images?um=1&hl=en&tbs=isch%3A1&sa=1&q=jungles&aq=f&aqi=g7g-m3&aql=&oq=&gs_rfai



PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 1


PERASAAN DAN PERSEDIAAN


Saya berasa terperanjat apabila cikgu memberitahu kami tentang pertandingan ini kerana kami harus membuat sekurang-kurangnya 10 blog kiriman.Tetapi saya berasa ghairah kerana ini pertama kali saya menyertai pertandingan seperti ini.Walaupun saya ghairah, saya pun ada perasaan takut kerana ada ramai orang yang telah menyertai pertandingan ini.Dalam pertandingan ini, kami harus mencari pantang larang.Saya akan membuat kajian melungsuri internet.Saya pun akan menanya datuk dan nenek saya untuk informasi.Saya pun akan cuba pergi ke perpustakaan dengan rakan saya dengan izin daripada ibu bapa.Harapkan saya boleh menghabiskan sekurang-kurangnya 10 blog kiriman sebelum hari tutup.

Bibliografi: http://www.google.com.sg/images?q=emoicons&um=1&hl=en&tbs=isch%3A1&sa=2

Friday, June 11, 2010

Novel Saya

Tajuk novel:
Safinaz Idayu

Pengarang:
Ghazali Ngah Azia

Penerbit:
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2006

Watak-watak novel:
- Safinaz Idayu
- Johar
- Rukiah
- Cikgu Kahar
- Cikgu Sarifah
- Yati
- Jariah
- Cikgu Farid
- Farid
- Sakir
- Cikgu Khalid
- Judin
- Murad
- Tajul
- Akmal
- Cikgu Talib

Sinopsis novel:

Safinaz Idayu adalah seorang pengawas yang tegas. Dia bertindak mengikut garis panduan yang diberikan pihak sekolah. Dia tidak pilih kasih pada sesiapa. Dia dimushi rakan karibnya sebab ketegasannya itu. Tetapi Safinaz Idayu mempunyai hati yang selembut namanya.Dia adalah orang pertama yang membantu rakannya, Johar, apabila ditimpa kemalangan. Sifat pemaaf Safinaz menjadi penawar segala duka dan sakit hati rakannya.Buku ini ada banyak cerpen tentang kehidupan seorang remaja. Tetapi, pada pendapat saya, cerpen yang sungguh menari ialah tentang Safinaz Idayu kerana ceritanya sungguh menari bagi saya.

Bahagian yang gerek:

Bahagian yang paling gerek dalam novel ini adalah apabila Safinaz Idayu menolong rakan-rakannya. Saya suka cerita-cerita apabila seorang rakan menolong rakan-rakannya yang lain kerana cerita-cerita begitu ialah cukup menarik untuk saya. Penulisnya pun menulis cerita ini secara perinci. Saya pun boleh mendapat pertahuan seperti saya boleh melebihkan pertahuan tentang peribahasa.

Pengajaran:

Dalam novel ini saya mempelajari supaya bekerja keras walaupun sudah berjaya. Seorang yang berjaya sentiasa berusaha dan bersikap positif terhadap hidupnya. Saya pun pelajari supaya memberi bantuan kepada seorang rakan apabila dia memerlukan bantuan.

Bahasa yang digunakan dalam novel ini mudah difahami.

Jalan ceritanya menarik.

Jalan ceritanya pun mudah difahami.

Saya berikan cerita ini 3 bintang.

Monday, March 22, 2010

G:\Kemerdekaan Singapura

Check out this SlideShare Presentation:

Thursday, February 25, 2010

Refleksi Projek Penngal 1

Perasaan saya terhadap projek ini ialah kegembiraan kerana semua ahli kumpulan saya menyumbang dalam projek ini. Tetapi saya harap kami boleh bekerjasama lebih baik.

Masalah yang dihadapi oleh kumpulan saya ialah bekerjasamaan keranakita tidak berkumpul bersama untuk membincangkan projek ini. Kami menghabiskan projek ini di rumah masing-masing.Tetapi Syafiqah dan saya berkumpul di perpustakaan untuk mencari informasi tentang sejarah Singapura. Saya harap masalah ini tidak berlaku pada masa depan.

Untuk mengatasi masalah ini, kami menghabiskan projek kita di rumah masing-masing menggunakan thumbdrive Farihin. Begitu, kita harus menunggu giliran kami masing-masing. Selepas menghabisi projek itu, saya dan Syafiqah menyemak balik slid-slid yang kami membuat.

Pelajaran yang saya mempelajari dari projek ini ialah bekerjasamaan dengan lelaki kerana di sekolah rendah saya tidak ada lelaki tetapi perempuan sahaja. Pada pendapat saya, tidak senang untuk bekerjasama dengan lelaki.

Saturday, January 30, 2010

Refleksi Tentang Penganiayaan Binatang

Saya suka binatang. Binatang-binatang seperti kucing mempunyai perhatian yang luar biasa. Saya ingin mempunyai seekor kucing kerana ia comel tetapi emak saya takut dengan kucing. Saya tidak mempunyai binatang-binatang apa pun. Sesiapapun yang mempunyai binatang-binatang apa pun mesti bertanggungjawab.

Catatan Harian

Pada minggu ini, adalah seperti hari-hari lain kecuali hari Jumaat. Pada hari Jumaat, kami semua ada 'cross-country' di Macritchie Reservoir. Selepas 'cross-country', saya bersama kawan-kawan saya pergi ke rumah kawan saya di Toa Payoh. Ridhwan, bersama kawan-kawan lain, pun ikut. Kita berjmpa di taman permainan blok kita. Setengah jam kemudian, kawan saya menelefon Austin. Austin pun tiba. Selanjutnya, kami bermain kejar-kajar di bawar blok. Selepas bermain, kami kepenatan. Sejurusnya, kami pun pulang.

Wednesday, January 20, 2010

perasaan saya mencipta blog bahasa melayu

Saya berasa gembira kerana ini pertama kali saya membuat blog.