Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 4

JIKA TERDENGAR SAHUTAN, JANGAN DIJAWAB, DIKHUATIR SUARA HANTU

Eeeek!! Saya takut apabila saya di dalam hutan! Pertama, dimakan hantu dan sekarang, mendengar suara hantu. Eeek!! Saya takut! Kalau begitu, saya tidak mahu bercakap pun di dalam hutan walaupun suara seorang penyelamat.
Dikatakan dengan berbuat demikian telah menyahut suara hantu kerana sahutan itu adalah suara hantu. Ia bermaksud menegah perbuatan itu kerana dikhuatiri jejak seseorang itu akan dapat dikesan oleh musuh. Kononnya juga dipercayai sahutan itu adalah sahutan hantu yang mencari mangsanya.

No comments: