Saturday, February 25, 2012

Rempah Ratus!


Ada pelbagai rempah ratus di dalam dunia Melayu ini. Semua berbeza perisa dan bau masing-masing. Pada zaman dahulu, tujuan rempah ratus ini tidak sahaja memberi perisa yang cukup enak atauapun bau yang beraroma kepada hidangan-hidangan, tetapi tujuannya ialah untuk menjaga kesihatan dan merawat penyakit. Ia pun sebagai sumber tenaga dan bahan untuk membesar.

Ada dua jenis rempah ratus iaitu rempah ratus kering dan rempah ratus basar.

Contoh-contoh rempah ratus kering ialah koma-koma, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pala. Koma-koma berharga lima dolar untuk sekotak kecil tetapi isinya tidak penuh. Tiga biji buah pala yang kecil seperti guli berharga satu dolar. Bunga lawang dan bunga cengkih dua-dua berharga lima puluh sen untuk sepaket kecil.

Contoh-contoh rempah ratus basar ialah bawang kecil, halia dan serai. Bawang kecil berharga empat dolar untuk sekilo. Halia berharga satu dolar lima puluh sen untuk lima ratus gram. Serai berharga lima puluh sen untuk lima batang.

Rempah ratus yang tersebut boleh digunakan untuk masakan curry kecuali koma-koma dan buah pala. Koma-koma pula boleh digunakan untuk masakan nasi briyani. Buah pala pula boleh digunakan untuk membuat kueh-kueh seperti kek kukus.

Resipi curry ayam:
  • bawang, bawang putih, halia, serai
  • minyak untuk tumis
  • rempah curry
  • ayam
  • kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
  • santan/susu rendah lemak
  • air
  • garam